Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Celebration. Show all posts
Showing posts with label Celebration. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

BANDUNG - Edisi Murtabak Manis



Ahahhh ! 

Entry ni pasal makanan. Aoa yg menarik di Bandung kan selama aku pergi, sumpah tak pernah singgah makan murtabak ni. Lepas tgk si hanis zalikha makan masa Madmarkets, terus wassap welee di Bandung. : kang ! Emang ada Murtabak manis? kok ga tau sih? Welee kata lupa nak bawak. Boleh? Oh tapi tak nafikan jugak. awal2 i pergi bandung 5/6 tahun yg lepas mana aku kisah makanan sangat? Makan pon dalam hotel. oder masuk bilik. Sejak2 dah bosan nak shopping je sbb mahal >_< dari harga dulu buat aku beralih ke makanan yg sedap2 di indonesia. Kadang2 kan, nak makan wong solo pon aku tahan2 perut sebab mahal. *cheapskate* sebab aku selalu pesimis dengan mengatakan Makan Ayam penyet di bandung lebih murah boleh dapat 2 set. blablabla.


Pada hari yang sama lepas menikmati Spagetti Carbonara di SugaRush. Eko ajak beli Murtabak manis. Wahhh happy tak terkata oiii. sebab perut aku tak sedap malam tu. belom makan lagi benda pedas2, so kira nak start dengan dessert je. dessert lahhhhh sangat ! here we go. Murtabak Manis. kenapa dia ada entry khas? HAHAHAH, Sebab kalau aku teringin esok2 aku klik je entry ni. bukan aku nak suh korg terliur pon. biar aku terliur sorang pon takpe. ade ku kesah? So ni lah dia entry khas Murtabak manis.

Excited !!

*sila refer picture ya* Turun2 dari mobil dan bau harum dah. semerbak. alahhh kalau nak tahu Murtabak ni adalah Apam balik kita kalau kat Msia ni. Tapi kita stakat gula, kacang jagung semata kan? Ini lain, bndung ni terkenal dengan cheese! ape je makanan mesti nak ada cheese, lepas tu mesti Roti. sebab apa? haaa korang pikir sendiri Indon siapa yg jajah. HAHA. Itulah sebabnya. So memang banyak sangat menu berasaskan cheese dan roti ni.



Kami pergi ke HQ, haha. di Jl Burangrang. kebetulan msa tu jam 11 malam dan masih dibuka. infact FULL house.

Kotlaaa korang teringin kan? Ni ada senarai Murtabak Manis , sila refer nama jalan2 tu ya. bagi supir.


Senarai harga. Ohhh biar aku bagitahu. Harga  aku kena malam tu rp57,000 kalau convert rm19.00. Mahal ye? tapi boleh kenduri sebab besar. sedangkan aku ambil medium. tapi besar yg amat! dan ada pelbagai perisa. Strawberry lah, Blueberry, Oreo, Vanilla..Nangka pon ada ok. Kretip jugak org2 bandung ni. Kotlah ade peniaga Msia nak tiru? EHHHHH? dah hilang pulak ke-ori-an nya. Ahh i bet tak ramai msian tahu benda ni ada. HAHAHAHAHA. 

after convert RM19. mahal. tapi berbaloi. Sedap gila. Sumpah tak tipu. kami pilih Cheese & Choc


Ini cheese nya.

Ni masa dah keluarkan dr tempat bakar tu.

Sagat cheese !  2 ketul besar. mau nya aku tak gemok? T___T



Siap sagat! kemainnn putih beno full of cheese ! perghhh

dia tabur pulak choc rice dan tuang susu pekat manis. EH berapa kilo berat aku naik?
>___________<


Sapu butter pulak kat luar.

Potong-potong



masuk dalam kotak. Ouhh kat sana packaging indo memang sume UP. takde kertas2 minyak balut nasi lemak ni dek non. ko tgk pulak harga. kot balut pakai surat kabo. aku libas balik kat muka kang. LOL


Tu tengok tu. TEBALLLLL ya amat. sedap! yg cair2 tu adalah cheese n susu ye. serta choc nya. kan ke benda tu panas. so semua mencairkan diri. Biar aku bagitahu malam tu kami makan ampai esok masih ada. dan kalau nak tahu makan ESOK lagi sedap !! wakakakaka.


Ok lupa nak cakap  kat situ ade dua jenis murtabak. yg lagi satu goreng. Intinya sayur dan daging. Oh yg tu baru betul murtabak kita, tapi opcozlah sana lagi menarik. kalau korang pernah makan Murtabak raja yg kat Kelantan tu. Tebal dia camtulahhh.. daging penuh! So puas lah makan, tapi haritu aku tak try pon.Malesssss. next time aku balik kampung (bandung), aku g lah makan. Eh dan-dan ngaku kampung. HAHA. maklumlahh dah ade ibu kat sana. kene lah anak2 balik. wkkwkwkw


Okey suka tak? Haha, so boleh la kalau g bandung tu, mintak supir bawak, itupon kalau supir korang nak layan. HAHA, and korang tapaulah.Aku cadang korang ambil DOM punya staff! dorang baikk. sure kalau korang minta  kompem dorg bawak. sbb DOM staff memang dah di ajar untuk memperkenal kan kedai makanan yg sedap2 dan best kepada tetamu dari malaysia ! tak percaya? tanya DOM sendiri *wahh promote lagi* 


Kalau benda ni korang cakap tak sedap. memang aku tak tahu lah korang tekak ape. LOL.Okey ade soalan : Boleh makan ke gerai2 makanan kat bandung tu? Aku nasihat kalau takmo sakit perut ke apa, carilah kedai yg proper, yg elok, bukan tak boleh makan, takot perut tak tahan, lagi satu status halal kan? Iya halal. tapi kalau gerai2 bakso tepi jalan tu takot tu babi/tikus je lah. so cari yg proper. Indonesia kan negara Islam. so tak ragu pon nak makan kat sana.  Ohhh lupa.. ade lagi aku tak review. HAHA, MENYAMBUNG KEPADA ENTRY /RESTORAN/MAKANAN BANDUNG. aku ada makan Surabi. sejenis pancake yg dibakar atas api. Haaa tu lagi best ! sabo ye.


Nak baca entry makan/RESTORAN di bandung KLIK SINI.



TATA.










Thursday, January 3, 2013

Puncak - Taman Safari - Cimori









Sambungan : dari kisah INI



Lepas fikir2, kami setuju untuk ke taman Safari petang tu juga walaupon jam dah pukul 3.30, sebab hujan dah redha. keluar dari kawasan hotel tu akan jumpa simpang menghala ke TS. so dalam 5/10 minit akan sampai, sekejap je. Odw nak naik ke TS akan ade peniaga2 jalanan yg jual WORTEL, Pisang tandan. So kami pilih utnuk beli wortel (lobak merah), comel je nama. HEH. Harga bagi 7 ikat wortel tu dalam rp20,000. Pisang tak beli, sbb malas nak bagi beruk/monyet kat sana. *bias* HAHA.


SediKit info tentang :


Klik sini untuk harga tiket masuk : Taman Safari 1

Harga tiket masuk bagi :

6 tahun dan dewasa/internasional macam org Msia ni : RP200,000 
Kanak- Kanak bawah 5 tahun = RP 180,000 (tak jauh beza dg harga dewasa pon)
Boleh tengok shows tapi kene pandai plan waktu ok ;p



* Ok ni satu aku nak pesan siapa yg pergi ke Puncak/safari ni, kita kan akan naik pak supir/mobil dr bandung/jakarta kan? Charge untuk kereta pon ada ya. Setiap kereta akan di charge RP 15,000 dan kita kene bayar harga tiket masuk untuk supir sekali. So maknanya tiket masuk untuk supir under kita lah, sebab kita yg minta dia bawa ke situ kan? jelas ya semua?


So dengan kereta tu lah korang akna menyusuri hutan/hutan kecil. dan seterusnya berjumpa dengan binatang yg dibebaskan, manakala kita dalam kereta. Rilex dan sila buka tingkap anda. *ewah*
Maaf aku punya excited sampai pintu masuk pon aku tak snap. 



Eko asik pesan je. Simpan sedikit buat IBu masak sup di rumah. LOL




Masa kat kaunter tiket tu dorg akan bagi brochure ttg Taman Safari dan tiket masuk yg boleh lekat kat tangan tu. apekenama nya. LOl. So dapat map tu kaji je. HAHA, Taman Safari ni besar, siap ada waterpark yg korang boleh mandi lagi. Bawa lah extra baju. Rasanya extra charge jugak kalau nak mandi, tapi ahhh tiket tu bukan mahal mana pon. So kalau rasa nak lama kan? datang awal pagi dan boleh explore habis Taman Safari ni. Waktu buka Jam 8-5.30 petang. Dah la ade shows dari gajah, monyet, dolphin, so kene plan awal2 and always refer map. Kat sana semua ada, kedai makan pon ade, even nak beli souvenir pon ada, tak mahal sgt pon. aku punya lah nak beli patung simba. sekali lupaaa !







Awal2 masuk tu sebenarnya kita akan lalu tempat gajah. dah la masa tu baru lepas hujan, and i rasa ranger kat sana dah bagi diorang makan kot. so dorang agak pemalas sikit, tapi tak memutuskan impian aku. HAHA. aku terjerit2 okeyyy panggil binatang tu and attract dorg dgn wortel. Serius Kancil, Rusa, sume datang. Cop! aku banyak tak kenal binatang. Sorry. tapi kat situ tiap kali kita lalu kawasan baru tu akan ada information board so boleh bacalah apa nama binatang sekian2 dari amna asal. gitew

Gajah gemok! Pemalas, so panggil2 pon buat bodoh je *bencik*.gajah selesa duduk kat area dorang. Kene ingat kat Taman Safari kalau naik kereta sendiri lagi best sebab kita bebas bagi makanan, kalau naik bus rombongan tu? Rugi. tengok dr dalam bas je lah yo. So bukak tingkap luas2 dan bermesralah dengan binatang, sebab kauuu yg terkurung skg, bukan diorang! Satu aku suka Binaan kat TS ni kan hampir menyerupai kawasan kota-kota lama camtuu. memang dorg sengaja bina runtuhan2 building camtu, supaya nampak lebih REAL!







See? cantik kan? kalau pergi area kambing gurun lagi real! dia bina betul2 macam kawasan gurun tu, and kambing ada atas tu, kita tengok dari dalam kereta. So ni few pic aku snap, koserr nak snap semua n tepek sini. KEHKEH. Korang pergi sendiri and rasailahh. Seronok untuk budak2.

Pengakuan : aku tak pernah masuk ZOO negara. WAKAKAKAKA!













For real? kawasan limpahan air. sebab dah masuk kawasan BUAYA ! hohuuuuu. Buaya ade de tepi2 tu

Lepas habis lalu kawasan binatang yg comel2 ala2 boleh peluk tu. Kita akan lalu next area untuk binatang buas! So masa ni akan ada arahan SILA TUTUP KACA ANDA! Kita akan tengok Singa, Harimau, Beruang, Seladang, *oh too many* tak mampu aku ingat! dlm jarak dekat oii. meremang tangan masa nak hulur kamera tu. dah lah wortel dah habis, rasa nak hulur je jari jemari ni panggil lion. EH? *picture berterabur*





dalam banyak2 aku suka ZEBRA ! dia sangat cantik dan ramah tamah *pitam*, lawa gila, aku siap usap2 badan dia. Tapi pejal jahat! pergi tarik bulu idung dia. sewel. Terus dia berlalu pergi takmo makan wortel! So jalan lagi sikit jumpa lagi Zebra. Uff cantik. Zirafah pon cantik tapi berlagak. bajet kauu tingii kauu kate moss? Puuiii.. orang panggil hulur2 pon dia takmo. Elehhhhh




Cantikkkkkkk !!! 

Kami panggil ni Yantiiiiii ! 

HAHA, DIA paling gigih kejar kereta orang nak wortel. dari awal kami masuk kat area kancil tu dia ade, sampai ke Zebra pon dia ade, ahhh asik sumbat mulut ko je? HAHA. BARU FEFELING BALANCE WORTEL NAK MASAK SUP KAT UMAH. lalalalalal ! Seronok la pergi TS ni, tapi sebab masa terhad, cuaca hujan. so sekejap je berada kat sana ! Lepas dah habis tour by car kami stop kejap makan kat area Rumah Gajah, berterabur gajah lalu lalang. pengsan aku kang kene pijak. HAHA. lepas dah makan, kami naik train n kene bayar rp15,000 sorang keliling TS juga. Tu yg boleh nampak ade few extreme game and waterpark. last sekali dah nak tutup around jam 5.30 kami stop kat BABY ZOO. Kat situ boleh tangkap pic dengan SIMBA! Sedihhh dah terlambat, so dah tutup T____T

habis pusing TS kami keluar, and ingat nak masuk BOGOR. sebab dalam 30 minit je dah sampai, kat bogor pon ade Factory Outlet. Tapi sebab hari nak hujan perut lapar balik, kami singgah ke CIMORI restaurant ! Restaurant ni semua artis pernah dtg makan. sebab nanti boleh nampak hasil tulisan dorg atas piring putih yg dipamerkan. act kedai  makan ni hanya ada di PUNCAK sahaja. Dan opcoz la boleh makan sambil hadap Puncak keeeeennn? Dia act produce product dr tenusu. so banyak produk mcm yogur, daging yg dia buat frozen food etc.









Baru perasan ini gambar pertama berdua. -____-



waktu ni siang lagi. tapi sjuk dah sampai tulang dah. mujor bawak shawl

Sudah malam ! dan terlalu sejuk.


I oder ini, simple je dinner malam tu, sebab masih kenyang makan kat TS tadi.

Palinggg enakk : Blueberry Yogurt ! Slurppp

dan dessert popular Indo. Pisang Cheese and choc ! Nikmatttttttt. Habis lepak dan makan kami pulang ke hotel. tapi sebab tak redeem lagi free welcome drink tu, kami lepak lagi kat cafe hotel, dan aku oder makanan lagi. HAHAHA. *sambil calculate berat badan sendiri* >_____<






Fuhh damai dan tenang, takyah bersesak2 pikir nak shopping ke ape. sebab memang rehat badan betul2 ni. Aku tak pikir langsung lace ke, kain cotton ke? watever benda alah yg ade kat bandung kan. dah puas sangat dah ke bandung. smpai tak tahu nak beli ape dah. LOL. so sesekali buat aktiviti rehar badan camni. Mahsyukkkkk! yg penting jimat duit sbb tak shopping.




Hubs at our room.




Beli produk yougurt drink ni kat CIMORI, sedap nyaaa. dah la sejuk. fresh sangat! Murah pon ia. Rugi beli satu je. sebab memang dia kata once buka kene terus minum. lagipon dalam hotel takde fridge.


Good Night all. Zzzzzzzz