Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 28, 2012

Hong Kong - Belanja



Hello people. Saya sudah pulang =D
Suka tak? suka tak? KAHHHH ! okey okey berbalik kepada tajuk di atas. Iya saya akan list down kan jumlah perbelanjaan mengikut cara saya sewaktu di bandung. Oih bukan  Bandung. di Hong Kong !


Ada yg email saya, wassap saya, pm saya tanya tentang cost belanja di sana.
Err sebenarnya bergantung pada cara dan perbelanjaan korang.
Kalau nak bermewah2, naik heli kat sana pon voley =p
Kalau nak biasa-biasa ala backpack(tak berapa pack) mcm haku? sambil tengok je Heli lalu atas kepala? pon voley. Untung banyak duit oih boleh buat ape sahaja.
Semua nya terserah pada kamu ya.*motip keluar slang indo*


Ok balik semula ye adik2, sini ai listdown kan segala contoh dan budget yg boleh anda ikot atau potong je mana tak perlu tu.Ini contoh perbelanjaan kami suami isteri. *gitewww*


Contoh Perbelanjaan  :

Flight Ticket
  1. Tiket return Air Asia = RM1000.00

Hotel *boleh pilih nak mana*

contoh yg ada:
  1. Hotel semalam ( Holiday Inn) = RM700. semalam (standard room wt Bfast) Tsim Sha Tsui area
  2. Guesthouse area Tsim Sha tsui = RM150 semalam. (small room wt aircond, tv,toilet) - Mereka prefer cash money.
  3. Hotel Disneyland ( park view/non peak) = RM850 semalam.

Transportation - Bus/MTR/Taxi
  1. Taxi dari airport nak ke 1st station Tun Chung? = Mahal. never ask how much. sbb naik bas.
  2. Tiket Bas dari Aiport ke Tun Chung station = RM 3.00
  3. Tiket dr Station Tun Chung ke TST (Tsim Sha Tsiu) = +- RM 12 seorang
  4. Octopus Card = +- RM 25 seorang, if nilai tambah nilai habis.sebab korang banyak sgt merayau? boleh topup semula di store terpilih. Please google, sbb dah tak ingat.
  5. Tourist Day Past = (Ini yg kami guna), 1 tiket untuk kemana-mana dalam sehari. berharga HKD 58 seorang. +- RM 24.00. ade certain tempat tak boleh guna pass ni, so boleh refer map.
  6. Nak naik Bas double decker pusing satu HK rate dalam = +- Rm15 seorang.
*Nota : Airport Hong Kong berada di Pulau yg lain.(Lantau island), so kalau nak ke bandar memang kene cross ke Kowloon area. Naik MTR adalah langkah bijak =p


Duit belanja makan/transport/admission tix/souvenir:
  1. Bergantug apa yg kamu mahu beli? dan kemana anda nak pergi atau makan?
  2. Kami tukar RM2500.00 = dapat dalam 6208.44 hkd
  3. 1 10 HKD = RM4.00) mudah bukan?
  4. Tukaran di atas tidak termasuk shopping, sebab saya guna cc. =p

Shopping :
  1. H&M best
  2. Handbag best
  3. Giodarno murah. Esprit juga
  4. Oh dan Evian produk juga murah.
  5. oh yes, terbaca di forum ttg Designer handbag. kalau dalam negara Asia esp Hong Kong designer bag LV, Gucci,Prada antara yg termurah compare Jepun, Malaysia. (sebab tax). > correct me if im wrong, baca di Forum.
  6. Souvenir saya cadangkan jangan sesekali beli di Ladies market. pffft.JANGAN !!. Sila beli di The Peak Market Tower

Admission tix:
  1. Disneyland Hong Kong 2 days TIKET = +- RM200 seorang
  2. Ocean Park = +- RM150 seorang
  3. Avenue of Star = FREE
  4. The Peak Tram & Sky terrace Pass  = RM 27.00 seorang
  5. Madame Tussaud HK = +- RM25.00 seorang

Makan :
  • Kebab = RM 15 
  • Nasi Arab + Ayam kari = +- RM22
  • Air mineral = +- RM 5
  • Air Jus buah tepi jalan? = +- RM 7
  • Mcd Fillet o Fish = +- RM 14
  • Restoran halal Canteen Food  sayur,ayam, telur, ikan = +- RM 50
Err senang cerita, food mahal sikit di HK. Tak senang nak cari halal food yg betul2 kene tekak, tapi kita masih punya pilihan untuk bawa dari rumah kan? Roti?Serunding? Choc, etc. Halal Food ada, tapi tak banyak pilihan, balik2 makan fillet o fish, balik2 makan kebab. what do u expect. LOL

Itu je kot?


Jujur, budget yg ai bagi nih, korang masih boleh cut here & there. bergantung lah korang nak kemana kan? So far aku habis kat HK ni termasuk shopping  +- dalam RM 7,000 (kasar) untuk kami laki bini, include lah shopping utk fam, souvenir etc. termasuk tiket disney & Ocean park yg dah dibeli lebih awal.


Sebenarnya korang boleh buat lagi sikit dari amount aku. Percayalah. RM3000 dah cukup kot untuk 2org include ticket & hotel. (tp tengokla pulak tahap shopping tu macam mana) lol. Barang dalam Disneyland je sangat mahal. Itu pon ade hati aku n pejal borong Pencil Case je yg harga RM50 each. nak beli untuk anak buah bukan sorang dua, FM satu dalam tu dalam rm20, kalau beli 5 dah berapa?.Tiket admission kalau kali 2 org pon dah berapa? masuk Disney sesaje dah rm4rat? tu belom masuk ocean park? so again n agin berbalik pada cara korang shopping ye. Kami backpack jugak. tapi tu lah. backpack yg tak berapa nak backpackers. KAHHHHH !

kalau setakat nak fly ke HK, jalan2 makan je angin hari2 pon voley. tengok Disney dr luar je? pon voley. Kira lagi murah lah. so semuanya terserah anda kan? tak gitu?



Okey ini je lah kot perbelanjaan asas di Hong Kong. kalau nak tahu lagi boleh tanya/email kat sini ok.
linda.yusoff1212@gmail.com



Moh lah kita cerita pasal Raya dan Vietnam pulak ye. Ampunnnnn !















5 comments:

shura shushi said...

Noks ada FM untuk i tak..?? **muka tak malu :))**

LindaF said...

hk ada lebih ;)

Nanie said...

dear, email me klu ada siap the checklist semua.. teringin

OmmaHussein said...

Lin..cop.. 1hkd = rm4?? Bukan 10hkd =rm4?kan?

Liza Razak said...

good info ni..thanks for sharing sis :)