Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 27, 2012

Day 1 : Bandung - Puncak





Sebenarnya ............


 I pergi Bandung-Puncak je uolssss.




Mesti ramai nak tahu i pergi mana masa 1 year anniversary kan? Tapi rasanya semua boleh agak dah kan? Perancangan awal 1 year anniversary ni, sebenarnya nak pergi ke Port Dickson. Malam 2 weeks before the date tu dah nyaris nak booking Avillion, sbb ade pakej menarik. Tapi suami cakap, Eh y not u try sms Welee, tanya berapa harga nak naik Puncak? Omgg Omggg, hati aku berbunga riang, kalau pergi bandung mcm balik kampung ok! I Love Bandung! So malam tu jugak i wassap Welee (owner DOM Rental Car) and tanya cost untuk naik ke Puncak,Bogor). Dari plan ke PD terus naik Puncak. Lagipon pada i lah.. cost bercuti kat Msia ni mahal! HAHA. Dasar cheapskate aku ni. Hotel je dah berapa? kalau Hotel kat bandung tu, serius 2/3 star pon harga dia masih lingkungan RM150 dan cantikkk mcm 4/5 star hotel kat Msia ni ok! So flight tak booking lagi. semuanya a very last minute.


Once dapat harga dari Welee, barulah cari tix, so tugas beli tix and booking blabla i buat.Kali ni hubs dah pesan, JANGAN Shopping! Kita buat aktiviti enjoy scenery, makan-makan dan RILEX.So i pon dah bear lah takde aktiviti tu semua. Just kami nak berehat. lagipon kan i sakit? 



Sambungan lepas i tido tu. esok nya i still panas2 badan, tapi i makan ubat dan kuatkan diri, mandi, kemas bag (kami backpackers). Dan i cakap kat hubs, Im ready! Ewahh macam nak pergi mana je.



Flight kami delay. sepatutnya Jam 4, tapi AA dah hantar 1 week notification cakap flight delay to 6pm. Wateverrrr lah AirAsia. So we suppose reach Bandung by 830. DOM Rental Car dah alert tentang waktu arrival kami. Hmmm its good to know when your fren ade business Supir/Kereta Sewa di Bandung. Mudah perjalanan, just by email je. Korang akan dapat list of price kemana korang nak pergi. Untuk kali ni, Aku explore Puncak-Bogor dengan DOM. Harga nanti aku bagi tahu kat bawah ye.
Siapa nak ke Bandung-Puncak-Bogor boleh email : dom.rentalcar@gmail.com



Here I am, sakit2 pon gigih pakai wedges baling hanjinggg. Kau hado? Laki bising ok pakai kasut ni, dia kata nanti i tak stable nak bergerak. Aku pedulikssss. Pakai jugak. Nak tayang kasut RM10 dari Nose.
Hewhewhew.


Peneman setia ku dlm flight. Makan asam, LOya aku tak habis2 lagi.
haihlahh sakit ape tah masa tu. Takpe redha.



Spotted that! Baca buku 360degrees. nama pon naik flight QZ ( Indo flight) haruslah buku dalam tu cerita pasal Bandung etc keeenn?


After 2 hours flight kami sampai di Bandung. Oh lupa, Ini kali pertama aku direct flight ke Bandung. mak aihhhhh gila terkejut masa nak touchdown. Pitamsss. Airport kecil je. But ok for me. Takde hal semua tu. Selalu sangat turun jakarta kan? ini kali kita trun Bandung terus. Lepas Imigrasi blablabla. Kami keluar, then dah nampak Bayu (DOM Staff). So hello2, watchaa bagai Welee pon ada sekali. Heh haruslahkan? Kawan kene ambil kawan. EH? Bila sampai benda pertama aku nak adalah 

MAKAN ! oh aku tak makan apa 2 hari ok. asik pening lalat muntah loya. So nak makan!
Aku minta pada Eko, nak makan yg pedas, Nak nasi. so kami dibawa ke sini


IBU IMAS ! - Yg best pasal trip aku kali ni, we are too rilex. wakaka. No more fancy restaurant ke ape. Aku pon dah tak lalu nak pergu Kg Daun, Sapulidi, FO bagai tu. Nahhh itu bukan tujuan utama (padahal sedih laki tak bagi). Aku dtg nak Anniversary uolssss. So kami hanya makan kedai2 biasa. Oh senang cerita memang menjadi Orang bandung betul aku nih. Pulang ke kampunggg kan? Cetarrrrrr.



Ini paling menarik!~ Sundanese Food mesti ada Sambal. yg tak tahan sambal tu Pedas gila, Nasi Putih, Ayam Bakar, then ambil tauhu ulam. berselara kami makan. Best woii IBU IMAS ni. Cop sambal ade biji2 hijau tu aku lupa nama. Hamponnnn! Lepas makan, aku nak maka roti bakar. So minta staff DOM bawa ke JL Kosambi. untuk beli roti bakar. masa tu kedai still bukak. sbb Kedai Roti Bakar ni hanya tutup bila stok roti dah habis. Gitewww. Ya Allah sedap nya *meleleh airliur*


CARI RASA - Kedai Roti Bakar.




Kami ambil 2 *tamak*. Satu Cheese+ Choc. dan satu lagi Strawberry+ Cheese + Peanut.
Each tu (2 keping.per box)  Rp17,000 je. Dalam RM 5.50. So beli 2 box tu RM10.



Lepas tu terus balik dan berehat  sebab esoknya nak naik PUncak- 3 jam oiii dari Bandung.
Tapi sebba perjalanan dia nyaman, sejuk, naik kereta Serena! semua tu jadi seronok ok! yg penting siap ade wifi lagi dalam mobil. Mampuuuu?




Makan roti bakar sambil menghadap kolam ikan koi. Tenangggg nya hidup hoih, Aku siap baring2 lagi. HAHAHA. Okey mood bercuti dah maiiii daaaahhh. Sebab kan flight kami malam, so 1st day tu dah membazir mcmtu je. takpe. kami rehat2 je kat rumah. Sebelum esoknya naik Puncak.



Welee, bagi ubat Tolak angin ni, so sebelum tido , aku makan dan terus sambung tido.




next entry! Wortelllllllllllll ! snap from our car! Kita dalam kereta, and binatang akan dilepaskan untuk pergi ke kereta.dan minta makanan! Wooo excited 

*laki mak bawak tgk binatang je 1 yr anniversary* pitammm oii





Tips: 

  1. Cara nak ke Puncak/Bogor melaui jakarta ambil masa 1/2 jam. manakala dari bandung ambil masa 3jam melalui jalan2 kampung, sawah padi, sejuk berbukit bukau, ada ladang teh. Serius best!
  2. Sila JANGAN KE Puncak/Bogor Weeekend! Macet, Jem gila, sampai jalan naik  di buka 1 jalan je. Ikot per hour, kemudian Jalan Turun di buka selepas tu. Ada sorang ni naik ke Puncak 10jam. Hmmm pilihan bijak di tangan sendiri ye. 
  3. Apa ada kat Puncak? - Ada Puncak lah! hewhew. Taklah kat situ ala-ala cameron kita, tapi lagiiii sejuk, sumpah! aku pon tak tahan, Suasana nyaman, cantik, ade kedai makan best2, kalau nak shopping boleh turun Bogor, cameron kita ade ape je? Sayur>? Duhh kat Puncak ni ada TAMAN SAFARI! A MINI AFRICA . next entry ye.
  4. Dia camni tau : Bandung - Puncak- Bogor- Jakarta (kalau dr bandung lah) so kalau nak ke bogor dr puncak dah dekat dah. Bogor kan ade FO juga. ade kedai2 mcm bandung. tapi heaven lagi bandung la. barang yg dijual sama. takde beza.
  5. Taman safari sesuai untuk family! serius sape ade adik2, anak2, tolong lah bawak pergi sini, jangan tamak ko lakibini je nak shopping. kehkeh. Sian kat anak-anak. Bagi diorang dtg sini. sumpah best! datang la weekdays !
  6. Kalau ditanya, elok tido ke tak kat Puncak? Terserah ! Macam aku memang nak tido. sbb cuaca dia best, lagipon aku tak rush nak shopping bagai kan? so aku tido. kalau Korang nak balik hari pon boleh. tapi kene gerak seawal jam 6am  (dah siang dah kat bandung).dan pulang selepas korang hapyy2 kat taman Safari.makan menghadap Puncak. *romantic dinner* wuuuu.



Ini list harga kalau menggunakan khidmat DOM Rental Car. Ambil yg paling last tu. pakej naik sahaja rp800,000 ( Sila nego dengan DOM). Turun Puncak another rp800,000. Nampak mahal ya? Aku rs new promo diorang Puncak - rp750,000. nanti dah pegi Puncak tu, korang akan tahulah kenapa harga sebegitu ya! sebab kereta yg korang naik tu jugak la yg masuk Taman Safari siap boleh peluk cium binatang comel2 ok. lalu higway keluar masuk jalan kampung/tol. So sebba tu harga dia mcmtu, dan dia luar daerah bandung. (jangan ingat punak dlm bandung pulak)










See u next entry!
















7 comments:

LisaLisut said...

pfffffffftt dr PD terus ke luar malaysia. ciskek.hahahah
best gile aku baca review ko ni. cpt pantas tuntas.hahaha

tlg la linda tlg la bwk kitorg. LOL.

eh jap bape tix flight yg last minit ko cr ni? murah tahap gaban ke ape? sbnrnye murah yg ko maksudkan tu berapa? tu yg aku nk tau.sbb bila aku cr kt AA,semua pn jd 700 lebih for 2pax.kalau ko kata 700 tu murah errr mmg xdenye aku nk beli.haha.

Pink Lavender said...

wahhh...dahsyat laaa...cuti on d spot

LindaF said...

Lisa : murahh oi. last minit tix rm120 return per pax direct bandung! aku takyah tunggu AA promo. wakakak

Chekgu Azrine said...

Bandung dah mcm kg sndiri tu yg xmenahan tu..hehe

LindaF said...

Chekgu : Haah la kot. Alhamdulillah ada keluarga dah kat sana.

Nurhayati said...

okay ape gi bandung puncakje pun. over the sea tu... kakyati anniversary celebrate kat genting je. puncak jugak la tu kan hahaha

Unknown said...

teringinnye nk makan roti bakar tue waaaaaaa