Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 13, 2013

Bandung : Makan lagi





Ini bukan entry penutup tentang makanan di bandung ya. Tapi mungkin yg terakhir utk percutian ni. *gitew*.Banyak lagi kedai yang i tak sempat nak pergi haritu sebab kekangan masa dan tak berapa sihat. Takpe next time uols. AHAH.So i sambung lagi few kedai yang patut korang singgah bila berkunjung ke bandung. Barulah lengkap percutian tu. Makan sedap, shopping murah, orang sana baik-baik. cuaca dingin, wisata menarik. tak gituuu?


Boleh refer entry sini untuk kedai makan di bandung :






WARUNG MAKAN AMPERA.
Jl Kebon Kawong


Menyajikan masakan Sunda. Ada Ayam Bakar, Ikan Bakar. Sabal dan Ulaman. Restoran Ampera ni pon antara yg popular di bandung. Kalau tgk yg bawah ni di Jl Kebun Kawung. berdepan dengan Stasiun Kretapi Bandung.Dekat Indo ni jangan risau, semua makanan akan dihidang panas. So korang pilih je.












KARTIKA SARI.
Lihat semua cawangan.


I act nak suruh korang tengok pulak pelbagai ake yg diorang ada selain dari tumpukan pd brownies dorang tu. Kalau korang berniat nak sambut birthday kat sana. I suggest korang beli cake di Kartika Sari atau SugaRush je. Serius banyak pilihan.








Ini wajib korang cari. buat lapar2 nak makan. TOAST BREAD ni ada kat Kartika Sari.







LA REINE
Jl Pasir Kaliki


Haaaa kedai ni i confirm ramai tak tahu. sebab balik2 sibuk dengan Kartika Sari kan? Amanda brownies lah apelah. Ok kedai ni berada di Jl Pasir Kaliki. sebelah kanan. kalau dari Hotel Cemerlang belah kiri. Kedai ni belah kanan je. jalan sikit dlm 5/10 min2 dr hotel tu.(kalau boleh naik kereta). Kedai Cake ni hanya Menjual Kek Gulung. kek ni di gulung depan mata, panas2 and dipotong depan mata korang. Serius lembut gilaaaaaaaa ! Sedap. memang jual Kek gulung sahaja pelbagai perisa. so kalau g bandung ttak semetinya pergi beli Brownies je. Kek gulung ni tahan 1 minggu dan boleh bawa pulang as gift.











DAPOER PENYET
Jl Gandapura No 55, Bandung

Selain dari Pa Chi Met di Jl Sukajadi, Yang ni pon terbaikkkk gila! Sambal di meletopp *neelopak*
HAHAHA. Serius ! Masa tu hari terakhir kat Bandung, so aku penuhkan perut dengan makanan. Antara menu yg sedap. Tentula Ayam Penyet.



Buku menu.

Nasi Tutug Oncom. Sedap nasi ni, nasi yg ade kriuk2 adn bahan mcm tahu kot? tah aku pon tak ingat, di bungkus dalam daun pisang.


Gurame Terbang. menu wajib


Ayam Penyet.

Sup Buah. Aaaaaaa semput.



WARUNG OSENG MERCUN
Jl Setiabudi No 226,Bandung


Kalau  korang tertanya2 camne nak datang makan kat warong oseng mercon ni? Ok warung ni berdekatan dengan kawasan universiti bandung.banyakla student dlm warung ni. So food dia agak murah sedikit. dekat/sejalan juga dengan kawasan Rumah Mode. Kalau Rumah Mode belah kiri korang. suruh supir terus je dan kedai ni ade disebelah kanan korang. Menu yg menjadi igauan? IGA MERCON ! Kalau korang tak tahan pedas, aku cadangkan korang jangan makan. memang super duper pedas! HAHA. Tapi pedas2 dia sedap jugak. sebab ayam dia kan bakar madu. IGA tu daging2 lembu, bahagian rusuk. Set kat sana boleh mintak Teh Tawar masa makan. Welee kata, tukang masak warung iga ni dibayar mahal ! supaya dapat rahsiakan resepi masakan dia yg sedap gila ni. perghhhh sampai begitu sekali uolsss.





menu yg lucu. HAHA.



Inilah IGA MERCON Rp 18,000 = rm 6 ! Masa tu i oder jugak Ayam Halilintar. nama dia seram kan? HAHA. Tapi Ayam Halilintar tu act Ayam Bakar, Ns Putih dan Sambal. Tapi sambal dia masyaallah !! PEDAS ! Super Duper. Harga Murah rp10,000 je dlm rm3.50





ROEMAH SURABI IMUT
Jl Setiabudi No 194, Bandung


Satu jalan dengan warung iga mercon tadi. Sederet, dekat je. dah alang2 makan iga mercon, suruh la supir singgah roemah surabi imut ni. OK, entry Murtabak Manis ada cakap kan? I ade makan Surabi Imut ni. Ini adalah sejenid Pancake yg di masak di atas bara api, kaedah orang dedulu sangat! my komen? Sedap nak matikkkkkk !! Masa welee & eko stop kat kedai ni, berkali2 aku cakap. aaa tak nak makan ! dah full ! bayangkan semua makanan kat atas ni aku makan dalam 1 hari. start dengan Dapor Penyet tu for lunch! tapi lunch kami start at 3pm. HAHA. So welee pujuk jugak cuba. HOHHHH tak sia-sia oiiiii aku berhenti dan tahan perut jugak bagi masuk semua Surabi ni.





Pilihan pancake.



masa kami datang tu dia tengah sediakan Pancake Sosej dan telur dan belah kiri tu Pancake Choc Cheese. Pilihan kami : PISANG BAKAR CHEESE, ONCOM, SURABI CHOC CHEESE

SURABI CHOC CHEESE


PISANG BAKAR KEJU.



ONCOM. Ini lah sebenarnya pancake asal kat sana. sebelum dipelbagai perisa-kan oleh kedai2 lain. Fuhhhh balik tu memang perut dah rasa nak meletop dah. balik rumah terus lepak je depan TV. Hubs bagi makan Koi. huehuehue. BAHAGIA nya hidup. Almaklumlah..pulang ke kampung. KAHH !









Ok dah tamat sudah ceritera ni. Hazabbbb ye nak habiskan satu2 entry. LOL









































Wednesday, January 9, 2013

BANDUNG - Edisi Murtabak Manis



Ahahhh ! 

Entry ni pasal makanan. Aoa yg menarik di Bandung kan selama aku pergi, sumpah tak pernah singgah makan murtabak ni. Lepas tgk si hanis zalikha makan masa Madmarkets, terus wassap welee di Bandung. : kang ! Emang ada Murtabak manis? kok ga tau sih? Welee kata lupa nak bawak. Boleh? Oh tapi tak nafikan jugak. awal2 i pergi bandung 5/6 tahun yg lepas mana aku kisah makanan sangat? Makan pon dalam hotel. oder masuk bilik. Sejak2 dah bosan nak shopping je sbb mahal >_< dari harga dulu buat aku beralih ke makanan yg sedap2 di indonesia. Kadang2 kan, nak makan wong solo pon aku tahan2 perut sebab mahal. *cheapskate* sebab aku selalu pesimis dengan mengatakan Makan Ayam penyet di bandung lebih murah boleh dapat 2 set. blablabla.


Pada hari yang sama lepas menikmati Spagetti Carbonara di SugaRush. Eko ajak beli Murtabak manis. Wahhh happy tak terkata oiii. sebab perut aku tak sedap malam tu. belom makan lagi benda pedas2, so kira nak start dengan dessert je. dessert lahhhhh sangat ! here we go. Murtabak Manis. kenapa dia ada entry khas? HAHAHAH, Sebab kalau aku teringin esok2 aku klik je entry ni. bukan aku nak suh korg terliur pon. biar aku terliur sorang pon takpe. ade ku kesah? So ni lah dia entry khas Murtabak manis.

Excited !!

*sila refer picture ya* Turun2 dari mobil dan bau harum dah. semerbak. alahhh kalau nak tahu Murtabak ni adalah Apam balik kita kalau kat Msia ni. Tapi kita stakat gula, kacang jagung semata kan? Ini lain, bndung ni terkenal dengan cheese! ape je makanan mesti nak ada cheese, lepas tu mesti Roti. sebab apa? haaa korang pikir sendiri Indon siapa yg jajah. HAHA. Itulah sebabnya. So memang banyak sangat menu berasaskan cheese dan roti ni.



Kami pergi ke HQ, haha. di Jl Burangrang. kebetulan msa tu jam 11 malam dan masih dibuka. infact FULL house.

Kotlaaa korang teringin kan? Ni ada senarai Murtabak Manis , sila refer nama jalan2 tu ya. bagi supir.


Senarai harga. Ohhh biar aku bagitahu. Harga  aku kena malam tu rp57,000 kalau convert rm19.00. Mahal ye? tapi boleh kenduri sebab besar. sedangkan aku ambil medium. tapi besar yg amat! dan ada pelbagai perisa. Strawberry lah, Blueberry, Oreo, Vanilla..Nangka pon ada ok. Kretip jugak org2 bandung ni. Kotlah ade peniaga Msia nak tiru? EHHHHH? dah hilang pulak ke-ori-an nya. Ahh i bet tak ramai msian tahu benda ni ada. HAHAHAHAHA. 

after convert RM19. mahal. tapi berbaloi. Sedap gila. Sumpah tak tipu. kami pilih Cheese & Choc


Ini cheese nya.

Ni masa dah keluarkan dr tempat bakar tu.

Sagat cheese !  2 ketul besar. mau nya aku tak gemok? T___T



Siap sagat! kemainnn putih beno full of cheese ! perghhh

dia tabur pulak choc rice dan tuang susu pekat manis. EH berapa kilo berat aku naik?
>___________<


Sapu butter pulak kat luar.

Potong-potong



masuk dalam kotak. Ouhh kat sana packaging indo memang sume UP. takde kertas2 minyak balut nasi lemak ni dek non. ko tgk pulak harga. kot balut pakai surat kabo. aku libas balik kat muka kang. LOL


Tu tengok tu. TEBALLLLL ya amat. sedap! yg cair2 tu adalah cheese n susu ye. serta choc nya. kan ke benda tu panas. so semua mencairkan diri. Biar aku bagitahu malam tu kami makan ampai esok masih ada. dan kalau nak tahu makan ESOK lagi sedap !! wakakakaka.


Ok lupa nak cakap  kat situ ade dua jenis murtabak. yg lagi satu goreng. Intinya sayur dan daging. Oh yg tu baru betul murtabak kita, tapi opcozlah sana lagi menarik. kalau korang pernah makan Murtabak raja yg kat Kelantan tu. Tebal dia camtulahhh.. daging penuh! So puas lah makan, tapi haritu aku tak try pon.Malesssss. next time aku balik kampung (bandung), aku g lah makan. Eh dan-dan ngaku kampung. HAHA. maklumlahh dah ade ibu kat sana. kene lah anak2 balik. wkkwkwkw


Okey suka tak? Haha, so boleh la kalau g bandung tu, mintak supir bawak, itupon kalau supir korang nak layan. HAHA, and korang tapaulah.Aku cadang korang ambil DOM punya staff! dorang baikk. sure kalau korang minta  kompem dorg bawak. sbb DOM staff memang dah di ajar untuk memperkenal kan kedai makanan yg sedap2 dan best kepada tetamu dari malaysia ! tak percaya? tanya DOM sendiri *wahh promote lagi* 


Kalau benda ni korang cakap tak sedap. memang aku tak tahu lah korang tekak ape. LOL.Okey ade soalan : Boleh makan ke gerai2 makanan kat bandung tu? Aku nasihat kalau takmo sakit perut ke apa, carilah kedai yg proper, yg elok, bukan tak boleh makan, takot perut tak tahan, lagi satu status halal kan? Iya halal. tapi kalau gerai2 bakso tepi jalan tu takot tu babi/tikus je lah. so cari yg proper. Indonesia kan negara Islam. so tak ragu pon nak makan kat sana.  Ohhh lupa.. ade lagi aku tak review. HAHA, MENYAMBUNG KEPADA ENTRY /RESTORAN/MAKANAN BANDUNG. aku ada makan Surabi. sejenis pancake yg dibakar atas api. Haaa tu lagi best ! sabo ye.


Nak baca entry makan/RESTORAN di bandung KLIK SINI.



TATA.










Sunday, January 6, 2013

Puncak - Day 4






Sambung lagi dari entry ini :






Pagi tu bangun lambat sikit. sebab sejuk gila. EH? yang bangun lambat husband. Aku still terjaga jam 6am. dah biasa. Tapi kat sana jam 6am tu kan matahari dah pacak atas kepala. So ambil peluang hirup udara segar. Amboiii poyo sangat ! Nama pon Honeymoon 1 year keeen? harusla rilex-rilex hirup udara. Paling aku menyesal bila aku takde langsung jaket yg cantik nak pakai dek kerana cuaca yg sejuk! Menyesal tak beli  Jacket dari Zalora dah lah cantik ! kene sangat dgn susana santai kat Puncak. kalau tak boleh pakai sambil bergambar dgn pemandangan kat sana   Aaaa menyesal ! Next trip aku akan makesure aku beli any Jacket dari Zalora untuk dibawa kemana2. Next trip maybe?






Dari veranda bilik kami. masa ni sejuk walau matahari dah naik. So bersiap mandi2 nak pergi sarapan. Kalau ikotkan kene jalan kaki ke Cafe yg terletak di Seruni 2, Its ok. boleh tengok Hotel Seruni yg cantiknya. pemandangan nya Masyaallah! Kagum nya. Cuaca baik, Tampat cantik. Sungguh puas hati aku. dah lah memang berehat. Eh lupa nak cakap, demam loya bagai aku tuh dah elok sejak aku naik Puncak. HAHA/ So kira balik ke Bandung semula, aku memang dah ok. so waktu nak balas dendam utk makan macam2.



Semapt tengok artis kesukaan ku di SCTV. Sharini 'Sesuatu ya"





Kedamaian . hah saat melangkah ke cafe yg ambil masa 2-5 minit ke Seruni 2. boleh nampak Fountain dr atas ke bawah. Ini lah keunikkan Seruni Hotel uolssssss.



Ini yg aku ambil. Sarapan pagi tu diiringi persembahan alatan music dr angklung. so sambil makan sambil berhibur. Oh lupa nak cakap. malam2 pon cafe tu ada live band. Tapi aku tak pergi pon. So pagi ni tengok org main angklung pon dah best! Nasi goreng memang makanan utama Indonesia ok. So memang menu Ns goreng tu wajib ada. walaupon simple takde renah ape. tapi paling sedap. ada ayam panggang dan suhun goreng. ambil roti bakar dan buah. Alhamdulillah kenyang. sebab jam 12 nak checkout dan pulang ke Bandung.




amik meja pon nak fefelingg kauuu. Haruslah yg hadap Puncak! HAHA. dasarrr



Kolam ni dari pagi-petang-siang-malam takde orang mandi. bukan apa. air dia sejuk oiii. masa tgh Bfast pon, ade 2/3 orang mandi. aku nampak selamber je terjun. tak sampai 5 saat naik balik. wakakakakakaka. EH? Hoverrrr kauu ketawa kan? Tu yg sebelah tu lah cafe Seruni. ade 2tingkat dan menghadap Kolam/Puncak.



odw balik kan sempat lalu bikik Seruni 2. Wuuuu cantik gila. Ni lah bilik yg aku request tapi FULL ! Cuba tengok kat web dorang bilik deluxe. Perghh lawo oi lawo. lepas tu sebab bosan kami pergi jelajah satu Seruni tu. dan ambil pic lah apelagik? aku dengan kamera tak dapat dipisahkan walau aku dah gemok. EH? macam pantun puloksssss.








Selain dr Kolam dewasa, ade disediakan Kolam kanak2 kat bawah. Sooooo tempat ni sebenarnya sangat mesra alam. KAH ! tak semestinya nak honeymoon je duduk sini. bawakla family ramai2 kan? >> tetibe secara tak langsung aku promote Seruni Hotel nih. 



Pasrah dengan Cardigan. Lupa bawak Jaket !








Kerut2 dahi sbb matahari atas kepala. LOL


balik hotel dan kemas bag. Wuu nak balik bandung dah. another 3 hours dalam kereta.




kami ! Welee, Eko, hubs and me. Moga persahabatan dan hubungan saudara kekal selamanya. Amin





Odw balik akan lalu kebun teh. kami decide untuk try makan di Alam Rindu. well kedai makan ni agak popular kat Puncak. tapi pada aku food dia biasa je. tak best pon. suasana and sejuk je. dan pemandangan cantik. Aku minum air je. Jus buah kat Indo kan sedap best. memang pure juice. 









menu yg welee dan eko makan. Gurame goreng cicah kicap dan satay ayam.

Pemandangan dari Rindu Alam



Sepanjang perjalanan pulang ke bandung. Aku hadap benda ni. Sumpah sedap nak matikk! Roti susu/butter yg dibakar. so rangup/rapuh dalam mulut. Roti ni boleh dapat di kartika Sari. ok sila cari. HAHA. makan sambil tengok pemandangan luar bandung. aktiviti peniaga jalanan.

NASI GILA ! pn voleyyyy.

Yeay nak masuk tol. masa ni agak jem sikit. tapi kami sempat sampai ke rumah dalam jam 4ptg. and terus rush jumpa adik eko. kami pergi ke kedai DIY. Hoihh takde picture sebab kagum gila. HAHA. Kedai DIY kat banung ni besar dan boleh drive thru wehhh/ Sumpah best. ala-ala ikea dah. semua kat DIY tu ada. kedai lampu, kedai perabot, electrical item semua ada, nak masuk kene bawak mauk kereta dan kita akan lalu sebiji2 kedai kiri kanan, kalau berminat sila lah berhenti *sila bayang*. Kauuu hadeee?

Sebab perut dah lapar, kami teman welee jumpa customer dr Msia. hehe. so kebetulan i ada kan? i pon jumpa sekali lah dengan dorg kat Dago area. Masa tu perut dah lapar sangat. Jumpa jugak dengan Angga, tapi angga busy ade event dgn BJB bank. kami makan di :



THE SUGA RUSH
Jl Braga No 83, Bandung


Kat sini menyajikan makanan western, cake, dan masakan lain.*eh aku promote nih*

Ini pengakuan : seumor hidup aku suka makan Carbonara. kat sini palingg sedap! Pizza hut pon kalah. *opcoz* Serius aku makan tak pandang kiri kanan. Harga Rp28,000



Husb punya :  Nasi Richa richa. Pedas gila oiiii. sumpah pedas. tapi ayam dia sedap. macam masak ayam cili besar je pon.

mesti ambil cake! So Red velvet menjadi pilihan. banyak choice of cake kat sana. macaroon pon ada.
cake dia semua cantik2 oii. tapi kene bijak pilih sebab ade sesetengah kek tak boleh makan.


last sebelum pulang. kami di THE SUGARUSH CAFE. badan busuk gila masa ni. HAHA.


Balik ke rumah singgah ke SAN FRANCISCO : MURTABAK MANIS !
Cetarrrr amat ya. esok aku cerita. Mahsyukkk. sedap gila-gila-gila-gila.


Jujur. aku nakkkk makan ni sekarang !






See u next entry.