Ahahhh !
Entry ni pasal makanan. Aoa yg menarik di Bandung kan selama aku pergi, sumpah tak pernah singgah makan murtabak ni. Lepas tgk si hanis zalikha makan masa Madmarkets, terus wassap welee di Bandung. : kang ! Emang ada Murtabak manis? kok ga tau sih? Welee kata lupa nak bawak. Boleh? Oh tapi tak nafikan jugak. awal2 i pergi bandung 5/6 tahun yg lepas mana aku kisah makanan sangat? Makan pon dalam hotel. oder masuk bilik. Sejak2 dah bosan nak shopping je sbb mahal >_< dari harga dulu buat aku beralih ke makanan yg sedap2 di indonesia. Kadang2 kan, nak makan wong solo pon aku tahan2 perut sebab mahal. *cheapskate* sebab aku selalu pesimis dengan mengatakan Makan Ayam penyet di bandung lebih murah boleh dapat 2 set. blablabla.
Pada hari yang sama lepas menikmati Spagetti Carbonara di SugaRush. Eko ajak beli Murtabak manis. Wahhh happy tak terkata oiii. sebab perut aku tak sedap malam tu. belom makan lagi benda pedas2, so kira nak start dengan dessert je. dessert lahhhhh sangat ! here we go. Murtabak Manis. kenapa dia ada entry khas? HAHAHAH, Sebab kalau aku teringin esok2 aku klik je entry ni. bukan aku nak suh korg terliur pon. biar aku terliur sorang pon takpe. ade ku kesah? So ni lah dia entry khas Murtabak manis.
Excited !!
*sila refer picture ya* Turun2 dari mobil dan bau harum dah. semerbak. alahhh kalau nak tahu Murtabak ni adalah Apam balik kita kalau kat Msia ni. Tapi kita stakat gula, kacang jagung semata kan? Ini lain, bndung ni terkenal dengan cheese! ape je makanan mesti nak ada cheese, lepas tu mesti Roti. sebab apa? haaa korang pikir sendiri Indon siapa yg jajah. HAHA. Itulah sebabnya. So memang banyak sangat menu berasaskan cheese dan roti ni.
Kami pergi ke HQ, haha. di Jl Burangrang. kebetulan msa tu jam 11 malam dan masih dibuka. infact FULL house.
Kotlaaa korang teringin kan? Ni ada senarai Murtabak Manis , sila refer nama jalan2 tu ya. bagi supir.
Senarai harga. Ohhh biar aku bagitahu. Harga aku kena malam tu rp57,000 kalau convert rm19.00. Mahal ye? tapi boleh kenduri sebab besar. sedangkan aku ambil medium. tapi besar yg amat! dan ada pelbagai perisa. Strawberry lah, Blueberry, Oreo, Vanilla..Nangka pon ada ok. Kretip jugak org2 bandung ni. Kotlah ade peniaga Msia nak tiru? EHHHHH? dah hilang pulak ke-ori-an nya. Ahh i bet tak ramai msian tahu benda ni ada. HAHAHAHAHA.
after convert RM19. mahal. tapi berbaloi. Sedap gila. Sumpah tak tipu. kami pilih Cheese & Choc
Ini cheese nya.
Ni masa dah keluarkan dr tempat bakar tu.
Sagat cheese ! 2 ketul besar. mau nya aku tak gemok? T___T
Siap sagat! kemainnn putih beno full of cheese ! perghhh
dia tabur pulak choc rice dan tuang susu pekat manis. EH berapa kilo berat aku naik?
>___________<
Sapu butter pulak kat luar.
Potong-potong
masuk dalam kotak. Ouhh kat sana packaging indo memang sume UP. takde kertas2 minyak balut nasi lemak ni dek non. ko tgk pulak harga. kot balut pakai surat kabo. aku libas balik kat muka kang. LOL
Tu tengok tu. TEBALLLLL ya amat. sedap! yg cair2 tu adalah cheese n susu ye. serta choc nya. kan ke benda tu panas. so semua mencairkan diri. Biar aku bagitahu malam tu kami makan ampai esok masih ada. dan kalau nak tahu makan ESOK lagi sedap !! wakakakaka.
Ok lupa nak cakap kat situ ade dua jenis murtabak. yg lagi satu goreng. Intinya sayur dan daging. Oh yg tu baru betul murtabak kita, tapi opcozlah sana lagi menarik. kalau korang pernah makan Murtabak raja yg kat Kelantan tu. Tebal dia camtulahhh.. daging penuh! So puas lah makan, tapi haritu aku tak try pon.Malesssss. next time aku balik kampung (bandung), aku g lah makan. Eh dan-dan ngaku kampung. HAHA. maklumlahh dah ade ibu kat sana. kene lah anak2 balik. wkkwkwkw
Okey suka tak? Haha, so boleh la kalau g bandung tu, mintak supir bawak, itupon kalau supir korang nak layan. HAHA, and korang tapaulah.Aku cadang korang ambil DOM punya staff! dorang baikk. sure kalau korang minta kompem dorg bawak. sbb DOM staff memang dah di ajar untuk memperkenal kan kedai makanan yg sedap2 dan best kepada tetamu dari malaysia ! tak percaya? tanya DOM sendiri *wahh promote lagi*
Kalau benda ni korang cakap tak sedap. memang aku tak tahu lah korang tekak ape. LOL.Okey ade soalan : Boleh makan ke gerai2 makanan kat bandung tu? Aku nasihat kalau takmo sakit perut ke apa, carilah kedai yg proper, yg elok, bukan tak boleh makan, takot perut tak tahan, lagi satu status halal kan? Iya halal. tapi kalau gerai2 bakso tepi jalan tu takot tu babi/tikus je lah. so cari yg proper. Indonesia kan negara Islam. so tak ragu pon nak makan kat sana. Ohhh lupa.. ade lagi aku tak review. HAHA, MENYAMBUNG KEPADA ENTRY /RESTORAN/MAKANAN BANDUNG. aku ada makan Surabi. sejenis pancake yg dibakar atas api. Haaa tu lagi best ! sabo ye.
Nak baca entry makan/RESTORAN di bandung KLIK SINI.
TATA.
6 comments:
laju cpt pantas + nk gelak tiap kali baca review ko psl mknn or tmpt kt bandung.hahaha.tp sng paham. ko balik je la bandung buat rumah kt sne.konfem jd org kaya bandung lol
aku igt murtabak daging.lupa lak episod hanis mkn murtabak tu tp rupanya apam balik.
Pantas kan? sebab teringin aku pantas! HAHA.
Yg Hanis makan yg ni lah weh.. Murtabak manisss. aaaaaa semput klu ingat balik
Surabi tu mmg sedap giler..2x g bndung 2x bedal mkn..haha..
Salam, ada email tak? Sy nk tanya ttg baju nikah k.linda yg sgt cantik, hp no. tailor, etc, :-)
msg FB pon boleh ;)
Pre order Bagelen, Pisang Bolen , Brownies Kartikasari & Brownies Amanda.Fresh from Bandung.whatsapp ina 0192633431
Post a Comment