Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 3, 2013

Puncak - Taman Safari - Cimori









Sambungan : dari kisah INI



Lepas fikir2, kami setuju untuk ke taman Safari petang tu juga walaupon jam dah pukul 3.30, sebab hujan dah redha. keluar dari kawasan hotel tu akan jumpa simpang menghala ke TS. so dalam 5/10 minit akan sampai, sekejap je. Odw nak naik ke TS akan ade peniaga2 jalanan yg jual WORTEL, Pisang tandan. So kami pilih utnuk beli wortel (lobak merah), comel je nama. HEH. Harga bagi 7 ikat wortel tu dalam rp20,000. Pisang tak beli, sbb malas nak bagi beruk/monyet kat sana. *bias* HAHA.


SediKit info tentang :


Klik sini untuk harga tiket masuk : Taman Safari 1

Harga tiket masuk bagi :

6 tahun dan dewasa/internasional macam org Msia ni : RP200,000 
Kanak- Kanak bawah 5 tahun = RP 180,000 (tak jauh beza dg harga dewasa pon)
Boleh tengok shows tapi kene pandai plan waktu ok ;p



* Ok ni satu aku nak pesan siapa yg pergi ke Puncak/safari ni, kita kan akan naik pak supir/mobil dr bandung/jakarta kan? Charge untuk kereta pon ada ya. Setiap kereta akan di charge RP 15,000 dan kita kene bayar harga tiket masuk untuk supir sekali. So maknanya tiket masuk untuk supir under kita lah, sebab kita yg minta dia bawa ke situ kan? jelas ya semua?


So dengan kereta tu lah korang akna menyusuri hutan/hutan kecil. dan seterusnya berjumpa dengan binatang yg dibebaskan, manakala kita dalam kereta. Rilex dan sila buka tingkap anda. *ewah*
Maaf aku punya excited sampai pintu masuk pon aku tak snap. 



Eko asik pesan je. Simpan sedikit buat IBu masak sup di rumah. LOL




Masa kat kaunter tiket tu dorg akan bagi brochure ttg Taman Safari dan tiket masuk yg boleh lekat kat tangan tu. apekenama nya. LOl. So dapat map tu kaji je. HAHA, Taman Safari ni besar, siap ada waterpark yg korang boleh mandi lagi. Bawa lah extra baju. Rasanya extra charge jugak kalau nak mandi, tapi ahhh tiket tu bukan mahal mana pon. So kalau rasa nak lama kan? datang awal pagi dan boleh explore habis Taman Safari ni. Waktu buka Jam 8-5.30 petang. Dah la ade shows dari gajah, monyet, dolphin, so kene plan awal2 and always refer map. Kat sana semua ada, kedai makan pon ade, even nak beli souvenir pon ada, tak mahal sgt pon. aku punya lah nak beli patung simba. sekali lupaaa !







Awal2 masuk tu sebenarnya kita akan lalu tempat gajah. dah la masa tu baru lepas hujan, and i rasa ranger kat sana dah bagi diorang makan kot. so dorang agak pemalas sikit, tapi tak memutuskan impian aku. HAHA. aku terjerit2 okeyyy panggil binatang tu and attract dorg dgn wortel. Serius Kancil, Rusa, sume datang. Cop! aku banyak tak kenal binatang. Sorry. tapi kat situ tiap kali kita lalu kawasan baru tu akan ada information board so boleh bacalah apa nama binatang sekian2 dari amna asal. gitew

Gajah gemok! Pemalas, so panggil2 pon buat bodoh je *bencik*.gajah selesa duduk kat area dorang. Kene ingat kat Taman Safari kalau naik kereta sendiri lagi best sebab kita bebas bagi makanan, kalau naik bus rombongan tu? Rugi. tengok dr dalam bas je lah yo. So bukak tingkap luas2 dan bermesralah dengan binatang, sebab kauuu yg terkurung skg, bukan diorang! Satu aku suka Binaan kat TS ni kan hampir menyerupai kawasan kota-kota lama camtuu. memang dorg sengaja bina runtuhan2 building camtu, supaya nampak lebih REAL!







See? cantik kan? kalau pergi area kambing gurun lagi real! dia bina betul2 macam kawasan gurun tu, and kambing ada atas tu, kita tengok dari dalam kereta. So ni few pic aku snap, koserr nak snap semua n tepek sini. KEHKEH. Korang pergi sendiri and rasailahh. Seronok untuk budak2.

Pengakuan : aku tak pernah masuk ZOO negara. WAKAKAKAKA!













For real? kawasan limpahan air. sebab dah masuk kawasan BUAYA ! hohuuuuu. Buaya ade de tepi2 tu

Lepas habis lalu kawasan binatang yg comel2 ala2 boleh peluk tu. Kita akan lalu next area untuk binatang buas! So masa ni akan ada arahan SILA TUTUP KACA ANDA! Kita akan tengok Singa, Harimau, Beruang, Seladang, *oh too many* tak mampu aku ingat! dlm jarak dekat oii. meremang tangan masa nak hulur kamera tu. dah lah wortel dah habis, rasa nak hulur je jari jemari ni panggil lion. EH? *picture berterabur*





dalam banyak2 aku suka ZEBRA ! dia sangat cantik dan ramah tamah *pitam*, lawa gila, aku siap usap2 badan dia. Tapi pejal jahat! pergi tarik bulu idung dia. sewel. Terus dia berlalu pergi takmo makan wortel! So jalan lagi sikit jumpa lagi Zebra. Uff cantik. Zirafah pon cantik tapi berlagak. bajet kauu tingii kauu kate moss? Puuiii.. orang panggil hulur2 pon dia takmo. Elehhhhh




Cantikkkkkkk !!! 

Kami panggil ni Yantiiiiii ! 

HAHA, DIA paling gigih kejar kereta orang nak wortel. dari awal kami masuk kat area kancil tu dia ade, sampai ke Zebra pon dia ade, ahhh asik sumbat mulut ko je? HAHA. BARU FEFELING BALANCE WORTEL NAK MASAK SUP KAT UMAH. lalalalalal ! Seronok la pergi TS ni, tapi sebab masa terhad, cuaca hujan. so sekejap je berada kat sana ! Lepas dah habis tour by car kami stop kejap makan kat area Rumah Gajah, berterabur gajah lalu lalang. pengsan aku kang kene pijak. HAHA. lepas dah makan, kami naik train n kene bayar rp15,000 sorang keliling TS juga. Tu yg boleh nampak ade few extreme game and waterpark. last sekali dah nak tutup around jam 5.30 kami stop kat BABY ZOO. Kat situ boleh tangkap pic dengan SIMBA! Sedihhh dah terlambat, so dah tutup T____T

habis pusing TS kami keluar, and ingat nak masuk BOGOR. sebab dalam 30 minit je dah sampai, kat bogor pon ade Factory Outlet. Tapi sebab hari nak hujan perut lapar balik, kami singgah ke CIMORI restaurant ! Restaurant ni semua artis pernah dtg makan. sebab nanti boleh nampak hasil tulisan dorg atas piring putih yg dipamerkan. act kedai  makan ni hanya ada di PUNCAK sahaja. Dan opcoz la boleh makan sambil hadap Puncak keeeeennn? Dia act produce product dr tenusu. so banyak produk mcm yogur, daging yg dia buat frozen food etc.









Baru perasan ini gambar pertama berdua. -____-



waktu ni siang lagi. tapi sjuk dah sampai tulang dah. mujor bawak shawl

Sudah malam ! dan terlalu sejuk.


I oder ini, simple je dinner malam tu, sebab masih kenyang makan kat TS tadi.

Palinggg enakk : Blueberry Yogurt ! Slurppp

dan dessert popular Indo. Pisang Cheese and choc ! Nikmatttttttt. Habis lepak dan makan kami pulang ke hotel. tapi sebab tak redeem lagi free welcome drink tu, kami lepak lagi kat cafe hotel, dan aku oder makanan lagi. HAHAHA. *sambil calculate berat badan sendiri* >_____<






Fuhh damai dan tenang, takyah bersesak2 pikir nak shopping ke ape. sebab memang rehat badan betul2 ni. Aku tak pikir langsung lace ke, kain cotton ke? watever benda alah yg ade kat bandung kan. dah puas sangat dah ke bandung. smpai tak tahu nak beli ape dah. LOL. so sesekali buat aktiviti rehar badan camni. Mahsyukkkkk! yg penting jimat duit sbb tak shopping.




Hubs at our room.




Beli produk yougurt drink ni kat CIMORI, sedap nyaaa. dah la sejuk. fresh sangat! Murah pon ia. Rugi beli satu je. sebab memang dia kata once buka kene terus minum. lagipon dalam hotel takde fridge.


Good Night all. Zzzzzzzz



































5 comments:

Cik Puan Farhana said...

Taman safari mmg best.. Pegi taun 2009.. Mse tu xde blog.. Huhu.. Nice entry..

LindaF said...

Hanna : Ya i pon rs Puncak best. i dah kerap ke bandung so, i dh bosan, kali ni lain sikit percutian ni, sbb i try Puncak

cha said...

kalau i pun takdenya i nak shopping u haha i lg suka aktiviti rileks camni. bongokla laki u pg tarik bulu hidung zebra tu bahahahah. tapi seram gakla part buaya dgn binatang buas tu huhu

Unknown said...

i tetibe nak membentangkan pada family i dgn family ray buat family trip kt sini hehehe..pastue amek willy punye khidmat kn..i loike la...nnti u la kena jadi reference i haha

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan/ Puan
Kami menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong. Mutiara Bandung sewa kereta menawarkan beberapa pakej untuk kereta sewa tempatan yang anda boleh pergi ke mana-mana sahaja di Bandung.



Kereta + Pemandu + Parking + tol + PETROL + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung Dalam Bandar

Kereta TYPE Daily/14 jam

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

CALL / hubungi / sms / Nego / konsultasi percuma :
HP / SMS / CALL : +62 858 6137 8328
telefon office : +62 8888 9177 00
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email: tonybandung@smartfren.blackberry.com